3.5.2010 - Anniversary abang aku dan juga kak ipar aku..diorg kawin thn 2003..skrg ni dah 7thn diorg bergelar suami isteri..Adikmu berharap semoga kasih sayang kalian berdua berpanjangan kekal hingga ke akhir hayat, semoga rezeki berlimpah kepada kalian berdua..dan hidup diberkati olehNya.
4.5.2010 - Birthday my husband..happy birthday ye abang..semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, hidup diberkati olehNya,berbahagia selalu bersama isterimu ini,moga kita dikurniakan dengan anak2 yg soleh dan solehah..
9.5.2010 - Hari ibu..ni kira thn ke 2 aku bergelar ummi kepada nurqaireen sofia binti nizar..sekejap je anak ummi ni membesar..takde sebarang hadiah pun thn ni..hanya ucap selamat je dr suami tercinta..hehehhe..lain kali ucap selamat perlu menyusul dgn hadiahnya ye suami ku tercinta..kakakaka..
8.5.2010 dan 21.5.2010 - Birthday kedua-dua best friend ku..Rahayu Roslan dan Samsiah Jamaluddin..Semoga ikatan kita sbg kawan kekal selamanya..sayang sgt kat korang..rindu gak kat korang..bila nk jmpa korang ni??semoga korang sihat selalu, berbahagia disamping insan2 yg korang sayangi..sama2 kita jaga persahabatan kita ini..
24.5.2010 - Anniversary nizar dan rozi..Dah 3 thn..Kejap je kan..Kasih sayang aku padumu wahai suami tdk pernah kurang..Terima kasih kerana melengkapkan segala keperluan kepada kami..Semoga hidup kita diberkati olehNya.I love u forever..
Monday, May 24, 2010
Thursday, April 15, 2010
Ummi yang tersayang
Diam x diam dah 9 tahun arwah ummi meninggalkan kami semua..tanggal 15 april 2001 lbh kurang jam 5.00 petang ummi disahkan meninggal.aku terasa gelap seketika hidup ini..teramat sedih ketika itu.ummi ni seorang yg baik, pandai masak, penyayang,sayang dgn anak2 dan anak buahnya.sepanjang ummi sakit akulah menjadi peneman ummi dihospital..abg dan akak keja.adik abah uruskan sbb dia sekolah lg..aku cukup bertuah kerana dapat menjaga ummi sehingga ke akhir hayat dia..aku xrasa ralat la..aku ada gak memandikan mayat arwah ummi..ya Allah besarnya kekuasaanMu..muka ummi ketika itu senyum.bila dimandikan najisnya kuar sedikit sahaja..walaupun ummi menderita menghidap penyakit agak lama tp alhamdulillah semuanya ok..besar sungguh kuasaNya..ummi amat tenang bila doktor memberitahu kpd aku dan abg..hati mak awak ni ah rosak..mungkin 3 atau 6 bulan sahaja dia blh hidup..mmg tepat jangkaan doktor slps 3 bln ummi pergi meninggalkan kami semua..ummi penah berkata dia teringin sgt nk tgk abg kawin dan timang cucu sendiri..sblm ni timang cucu sedara saja..yg kedua kalau blh dia nk aslah sorang dr anak2 dia menjadi seorang pendidik..alhamdulillah mungkin berkat doanya dulu skrg aku tlh menjadi seorg pendidik..kami adik beradik sgt sygkan ummi..walaupun ummi dah xde doa utk ummi selalu bersama kami..hayatilah bait2 lagu kump exists ni..kalau aku dengar je lagu ni mesti mengalir air mata..buat kwn2 lagi kita kuat ni kita cuba jaga mak ayah kita, jgn kecikkan hati diorg, berikan kegembiraan kpd diorg, dan kalau diberi kesempatan jagalah mak dan ayah..
Untuk Mu Ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...
Labels:
ziezar..
Wednesday, April 14, 2010
Kehidupan
Hidup ini memerlukan pengorbanan.pengorbanan untuk org yang kita sayangi.kadangkala kita perlu lupakan sekejap masalah yang kita hadapi untuk membantu org lain.Itulah namanya kehidupan kadangkala kita begitu gembira kadangkala kita begitu dukacita.Hadapilah hidup kita ini dengan rasa syukur kepadaNya. hanya Dia saja yang dapat membantu kita bila kita dalam kesusahan. Hargailah apa yang ada disekeliling kita. Cuba sayangi diri kita terlebih dahulu barulah menyayangi diri orang lain. Kadangkala kita sibuk menjaga hati org.Hati kita sendiri kita xnk jaga..kita biarkan org lain buat apa sahaja kepada kita. Tidak ada sesiapa yang sempurna dimuka bumi ini,,so kita kena faham la kekurangan dan kelebihan seseorang itu.Setiap org saya pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan..kita cuba berubah utk menjadi yang lbh baik.cuba mengatasi kekurangan yg ada pada kita.Mungkin ianya mengambil masa yg agak lama tetapi kita perlu mencuba utk mengatasinya. Sebuah petikan daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:"Sesiapa yang menyenangkan org yg susah ALLAH akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukannya seorang muslim ALLAH akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan ALLAH akan menolong seorang hamba selagimana ia berusah untuk menolong saudaranya."Riwayat Bukhari..Apa yg kita pandang, apa yg kita lihat adalah cerita benar yg berada di sekeliling kita sekarang ini..Renungkanlah..Hargailah kehidupan kita sbg makhluk dimuka bumi Allah ini.
Labels:
ziezar..
Thursday, April 8, 2010
En.Suami
wah begitu lama xupdate blog..bz kekdahnya..apa yang dibzkan pun xtau la..hehehe..ye la sejak keja kat pedas ni mmg rasa masa tu cepat je berlalu.ok berbalik pada entry mengenai en suami.En suami telah dimasukkan kehospital putra pada 22.3.2010..memula tu dia kena gastrik je, pastu muntah, cirit birit dan last sekali muka dan badan dia jadi kuning.dah mcm baby yg kena kuning tu.doc suspek hepatitis A..Time tu mmg dah pikir yg bukan2..asyik menangis je..ye la suami kita kan.so esoknya doc scan katanya dlm hempedu ada cam pasir..maybe nk jd batu karang,,tp doc kata xbahaya..so slps 3 ari discharge.mertua dan juga family aku turun ke melaka untuk melihat anak/menantu ni..elok en suami kuar hospital si puteri plak demam, batuk dan selsema..teruk gak batuk dia kali ni..smpi tak blh tido mlm kami dibuatnya..sian sgt kat anak ummi ni.alhamdulillah skrg kedua-duanya sudah sihat..i very2 love both of you..ok ni ada sekeping gambar siputeri.si puteri ni skrg sudah pandai merajuk ngan kami..salah skit je mulala merajuk..suka tgk muka dia merajuk.ummi syg sgt kat qaireen..layan..
Labels:
ziezar..
Thursday, January 21, 2010
Hari Ulang Tahun
21.01.1980 ( 7.40 am ) maka lahirlah seorang puteri kepada sepasang suami isteri iaitu En Muhammad bin Khamis dan Allahyarham Pn. Rokiah binti Mammoo yang diberi nama Rozitawati binti Muhammad..hari ni genabla umur ku 30 tahun...Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya aku masih bernyawa di bumi mu ini dan meneruskan kehidupan seperti insan2 yg lain...Ucapan yang tak terhingga kepada arwah ummi sbb mengandungkan dan melahirkan anakmu ini..ummi kalau ummi ada lagi skrg ni kan best sgt2..tp apa kan daya..Allah lebih menyayangimu wahai ummi ku..tanpa mu ummi tiadalah daku disini..tima kasih buat abah dan arwah ummi yg telah membesarkan kakak..kakak betul2 menghargai apa yg ada skrg ni..HArapan ku semoga aku dilimpahi rahmat dariNya, diberkati apa jua yang akan ku lakukan, diberikan kehidupan yang sebaik-baiknya..
Labels:
ziezar..
Wednesday, January 13, 2010
Suasana baru
Minggu ni dah minggu ketiga daku keja di tempat baru iaitu ILP PEDAS dkt N9..oklah buat masa ni keja disini..ditempatkan dkt bhg IT mengajar network.cuma penat je berulang..jauh gak la..amik masa sejam gak la perjalanan..qaireen plak dihantar ke tempat baru..alhamdulillah dia tgk dia happy je..dia mmg nk berkawan..pengasuh baru ni plak ada jaga 3 org budak..qaireen yg paling kecik sekali..seronok anak2 pengasuh tu melayan dia..ptg2 pas qaireen mandi anak2 pengasuh tu yg siapkan dia..qaireen kalau kat umah nk siapkan dia cukup payah..kalau umah pengasuh tu dok diam je.baik je..rasanya qaireen ni suka berkawan..kalau kat umah tu kawan2 dia ummi ngan abah la..tgu la qaireen besar skit nnt br ummi bg adik ye..xpuas nk manja ngan qaireen lagi..perkembangan qaireen plak skrg ni..xbape suka nk tido,,nk main je kejanya..makan byk..apa saja kita mkn dia pun nk mkn..dah pandai tunjuk anggota badan bila kita tny kat dia..tp kdg tu betul kdg tak..suka sgt tgk cite wonderpets..siap dia nk nyanyi sekali...ok layan pic qaireen kat bwh ni..

Thursday, December 24, 2009
Hari terakhir di sini
Hari ni akhir terakhir ku di Adtec Melaka..mgu depan bermula la keja ku di tempat baru plak iaitu di ILP Pedas..Lebih kurang 2 tahun 4 bulan bertugas kat cni..di sebabkan perjawatan gred 29 ni xdak kat adtec tu yg kena keluaq..takpala..saya kan menurut perintah..kena ikut apa yg telah diarahkan..moga semuanya ok..selain cite tu cite mengenai pengasuh qaireen plak..ibu( pengasuh qaireen ) dpt keja..so dah xblh nk jaga qaireen..kira mgu dpn last kak masnah jaga qaireen..tgh penin katne nk cr pengasuh baru..ok nk ucap selamat tahun baru 2010 kepada semua..apa ya azam thn dpn??pikir2 la sendiri ye..wassalam
Subscribe to:
Posts (Atom)