Thursday, April 15, 2010

Ummi yang tersayang

Diam x diam dah 9 tahun arwah ummi meninggalkan kami semua..tanggal 15 april 2001 lbh kurang jam 5.00 petang ummi disahkan meninggal.aku terasa gelap seketika hidup ini..teramat sedih ketika itu.ummi ni seorang yg baik, pandai masak, penyayang,sayang dgn anak2 dan anak buahnya.sepanjang ummi sakit akulah menjadi peneman ummi dihospital..abg dan akak keja.adik abah uruskan sbb dia sekolah lg..aku cukup bertuah kerana dapat menjaga ummi sehingga ke akhir hayat dia..aku xrasa ralat la..aku ada gak memandikan mayat arwah ummi..ya Allah besarnya kekuasaanMu..muka ummi ketika itu senyum.bila dimandikan najisnya kuar sedikit sahaja..walaupun ummi menderita menghidap penyakit agak lama tp alhamdulillah semuanya ok..besar sungguh kuasaNya..ummi amat tenang bila doktor memberitahu kpd aku dan abg..hati mak awak ni ah rosak..mungkin 3 atau 6 bulan sahaja dia blh hidup..mmg tepat jangkaan doktor slps 3 bln ummi pergi meninggalkan kami semua..ummi penah berkata dia teringin sgt nk tgk abg kawin dan timang cucu sendiri..sblm ni timang cucu sedara saja..yg kedua kalau blh dia nk aslah sorang dr anak2 dia menjadi seorang pendidik..alhamdulillah mungkin berkat doanya dulu skrg aku tlh menjadi seorg pendidik..kami adik beradik sgt sygkan ummi..walaupun ummi dah xde doa utk ummi selalu bersama kami..hayatilah bait2 lagu kump exists ni..kalau aku dengar je lagu ni mesti mengalir air mata..buat kwn2 lagi kita kuat ni kita cuba jaga mak ayah kita, jgn kecikkan hati diorg, berikan kegembiraan kpd diorg, dan kalau diberi kesempatan jagalah mak dan ayah..

Untuk Mu Ibu

Oh! Ibu

Kau disiram bayu pagi

Kehilangan terasa kini

Dan kesepian

Dan aku

Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali

Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa

Ampuni dosa ibu

Tempatkan mereka

Di antara kekasih kekasihMu

Oh! Ibu

Kau kasih sejati

Kutaburkan doa

Untukmu ibu

Ampunilah dosaku

Sejak ku dilahirkan

Hingga akhir hayatmu

Saat ini

Kuteruskan hidup

Tanpa bersamamu ibu

Ibu...


Wednesday, April 14, 2010

Kehidupan

Hidup ini memerlukan pengorbanan.pengorbanan untuk org yang kita sayangi.kadangkala kita perlu lupakan sekejap masalah yang kita hadapi untuk membantu org lain.Itulah namanya kehidupan kadangkala kita begitu gembira kadangkala kita begitu dukacita.Hadapilah hidup kita ini dengan rasa syukur kepadaNya. hanya Dia saja yang dapat membantu kita bila kita dalam kesusahan. Hargailah apa yang ada disekeliling kita. Cuba sayangi diri kita terlebih dahulu barulah menyayangi diri orang lain. Kadangkala kita sibuk menjaga hati org.Hati kita sendiri kita xnk jaga..kita biarkan org lain buat apa sahaja kepada kita. Tidak ada sesiapa yang sempurna dimuka bumi ini,,so kita kena faham la kekurangan dan kelebihan seseorang itu.Setiap org saya pasti mempunyai kekurangan dan kelebihan..kita cuba berubah utk menjadi yang lbh baik.cuba mengatasi kekurangan yg ada pada kita.Mungkin ianya mengambil masa yg agak lama tetapi kita perlu mencuba utk mengatasinya. Sebuah petikan daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:"Sesiapa yang menyenangkan org yg susah ALLAH akan menyenangkannya di dunia dan akhirat. Sesiapa yang menutup keburukannya seorang muslim ALLAH akan menutup keburukannya di dunia dan akhirat. Dan ALLAH akan menolong seorang hamba selagimana ia berusah untuk menolong saudaranya."Riwayat Bukhari..Apa yg kita pandang, apa yg kita lihat adalah cerita benar yg berada di sekeliling kita sekarang ini..Renungkanlah..Hargailah kehidupan kita sbg makhluk dimuka bumi Allah ini.

Thursday, April 8, 2010

En.Suami

wah begitu lama xupdate blog..bz kekdahnya..apa yang dibzkan pun xtau la..hehehe..ye la sejak keja kat pedas ni mmg rasa masa tu cepat je berlalu.ok berbalik pada entry mengenai en suami.En suami telah dimasukkan kehospital putra pada 22.3.2010..memula tu dia kena gastrik je, pastu muntah, cirit birit dan last sekali muka dan badan dia jadi kuning.dah mcm baby yg kena kuning tu.doc suspek hepatitis A..Time tu mmg dah pikir yg bukan2..asyik menangis je..ye la suami kita kan.so esoknya doc scan katanya dlm hempedu ada cam pasir..maybe nk jd batu karang,,tp doc kata xbahaya..so slps 3 ari discharge.mertua dan juga family aku turun ke melaka untuk melihat anak/menantu ni..elok en suami kuar hospital si puteri plak demam, batuk dan selsema..teruk gak batuk dia kali ni..smpi tak blh tido mlm kami dibuatnya..sian sgt kat anak ummi ni.alhamdulillah skrg kedua-duanya sudah sihat..i very2 love both of you..ok ni ada sekeping gambar siputeri.si puteri ni skrg sudah pandai merajuk ngan kami..salah skit je mulala merajuk..suka tgk muka dia merajuk.ummi syg sgt kat qaireen..layan..