Diam x diam dah 9 tahun arwah ummi meninggalkan kami semua..tanggal 15 april 2001 lbh kurang jam 5.00 petang ummi disahkan meninggal.aku terasa gelap seketika hidup ini..teramat sedih ketika itu.ummi ni seorang yg baik, pandai masak, penyayang,sayang dgn anak2 dan anak buahnya.sepanjang ummi sakit akulah menjadi peneman ummi dihospital..abg dan akak keja.adik abah uruskan sbb dia sekolah lg..aku cukup bertuah kerana dapat menjaga ummi sehingga ke akhir hayat dia..aku xrasa ralat la..aku ada gak memandikan mayat arwah ummi..ya Allah besarnya kekuasaanMu..muka ummi ketika itu senyum.bila dimandikan najisnya kuar sedikit sahaja..walaupun ummi menderita menghidap penyakit agak lama tp alhamdulillah semuanya ok..besar sungguh kuasaNya..ummi amat tenang bila doktor memberitahu kpd aku dan abg..hati mak awak ni ah rosak..mungkin 3 atau 6 bulan sahaja dia blh hidup..mmg tepat jangkaan doktor slps 3 bln ummi pergi meninggalkan kami semua..ummi penah berkata dia teringin sgt nk tgk abg kawin dan timang cucu sendiri..sblm ni timang cucu sedara saja..yg kedua kalau blh dia nk aslah sorang dr anak2 dia menjadi seorang pendidik..alhamdulillah mungkin berkat doanya dulu skrg aku tlh menjadi seorg pendidik..kami adik beradik sgt sygkan ummi..walaupun ummi dah xde doa utk ummi selalu bersama kami..hayatilah bait2 lagu kump exists ni..kalau aku dengar je lagu ni mesti mengalir air mata..buat kwn2 lagi kita kuat ni kita cuba jaga mak ayah kita, jgn kecikkan hati diorg, berikan kegembiraan kpd diorg, dan kalau diberi kesempatan jagalah mak dan ayah..
Untuk Mu Ibu
Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian
Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan
Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati
Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu
Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu...
No comments:
Post a Comment