Tuesday, August 7, 2012

Syukur alhamdulillah

Syukur alhamdulillah kepada Maha Suci Allah yang telah memberi rezeki kepada kami sekeluarga..mgu lps saya dah pun mengambil kunci rumah yang dibeli dibukit katil..rasa dah xsabar sgt2 nk masuk rumah..tp kena renovate skit dulu baru la pindah..insyaAllah mungkin dlm bulan 12 nnt br pindah.tahun dpn dah nak hantar kakak g taska.kakak pun dah berumur 5 tahun. Satu lagi cerita adalah kenaikan pangkat.syukur alhamdulillah saya telah dinaikkan pangkat dr j29 ke j36.rezeki anak-anak. kat bawah ni nk tunjukkan skit gambar umah kecil saya dan keluarga.

Friday, June 15, 2012

happy birthday nurarissa sofia

Hari ni 15.6.2012 umur anak yg kedua genab setahun..syukur alhamdulillah..agak mudah mengandungkan arissa..awal2 pregnant saja susah skit bila dah masuk 4 bulan semua dah ok..kali ni mmg saya menjaga betul kandungan takut dengan keguguran yg lepas..setlah cukup 36 minggu saya telah buat checkup dgn dr di hospital putra..sekali check dr bgtau yg air ketuban saya dah kering dan kedudukan baby pulak menyongsang iaitu kepala di atas punggung di bawah..dr suggest terus c-zer...dgn rasa yang amat takut dan demi untuk mu anak di dalam kandungan ummi teruskan jua..dlm masa 1/2 jam iaitu tepat pukul 1.28 petang nurarissa sofia dilahirkan..mmg ummi tdk rasa sakit ttp selepas hilangnya ubat bius..sakitnya Allah saja yg tau.. kakak qaireen suka sgt dgn adik dia..setelah 10 ari saya pulang ke kampung bersama mertua..sehingga abis pantang br blk ke melaka..arissa membesar mcm biasa..dia lbh suka minum susu ummi dr susu tin..tp bila di rumah pengasuh dia minum gakla..sampai la skrg still minum susu ummi masa mlm dan ari cuti.. langit tidak selalunya cerah betul tak..pada bulan 2 baru ni arissa didapati patah tulang peha sebelah kanan..hati emak mana yg xsedih..anak yg kita jaga sebaiknya sakit begitu.arissa perlu disimen dlm masa 3 mggu..nk tak nk kami suami isteri kena menghadapinya..puncanya saya smpi skrg xtahu..masa umur arissa 6 bulan dia br pandai meniarap dan di rumah dia xpenah jatuh..pada hari kejadian stlh amik arissa dr umah pengasuh hubby bgtau dia asyik menangis je..bila sy blk dan pegang dia dkt peha lg kuat dia menangis..esoknya bw ke hosp dan seterusnya disimen pehanya.. alhamdulillah kini menginjak ke usia setahun arissa dah mempunyai kekuatan utk berjln sikit2..gigi pun dah ada 6btg..syukur sgt2 kpd mu Ya Allah..saya akan menjaga amanah yg diberikan olehNya kepada kami dgn sebaik mungkin... Adik...abah,ummi dan kak yeen sayanngggggggggg sggtttttttt kat adik ica..

Thursday, May 24, 2012

Setahun berlalu

Assalamualaikum.. Dah setahun berlalu barulah nk update blog..nampak nau pemalas kan..hehe..kira mcm baru je nk start menulis.mcm2 terjadi dlm tempoh setahun tak update blog ni..nnt ada masa satu persatu akan ku ceritakan. Hari ini genab la usia perkahwinan ku dengan suami 5 tahun..sekejap je rasa.buat suami selamat menyambut hari ulang tahun perkahwinan.semoga ikatan ini kekal hingga ke syurga..insyaAllah.terima kasih kerana menjadi suami yg baik kepada rozi dan abah yang baik kepada Nurqaireen Sofia dan Nurarissa Sofia.. Moga apa yang telah kita tempuh ini akan mematangkan diri kita dan semakin kuat cinta kita.

Tuesday, May 24, 2011

happy anniversary

Dah lama xmengupdate blog..ntahla malas plak nk menulis sekarang ni.Sekarang ni dah masuk 8 bulan lebih mengandung..kdg2 tu penat sgt..tu yg xde idea nk menulis..cerita ada bila nk menaip je mula la malas..mmg dasar pemalas sama saya ni..hehehe..actually ari ni anniversary saya dan juga suami.hari ni genab usia perkahwinan kami yang ke 4 tahun..sat ja rasanya..semoga ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat.harap2 kebahagian menjadi milik kita selamanya..Rozi sayangkan abang..

Friday, March 11, 2011

Rasa hati

Salam..rasanya dah lama xmenulis kat blog ni..kali ni nk cerita luahan rasa hati ini..
Selalu saya terpikir adakah saya ini seorang anak yg baik kepada ibu dan bapa?seorang isteri yg baik kepada suami dan ummi yg baik kepada anak-anak??Itu adalah semua persoalan yg bermain difikiran ini

Sebagai seorang anak adakah saya menjalankan kesemua tanggungjawab?jawapan semestinya ya tetapi kemungkinan ada kekurangan dan kelemahan pd diri sendiri..itu saya mengakuinya..saya berusaha nk menggembirakan abah saya..kalau boleh saya xnk langsung kecilkan hati dia..saya tahu saya ni mmg cepat naik angin dan kepala angin..itu kata keluarga saya..mmg saya mengakuinya..saya cuba berubah utk menjadi lebih baik..

Sebagai seorang isteri tanggungjawab digalaskan di bahu saya ni juga amat besar..Saya tahu saya bukanlah seorang isteri yang sempurna di mata suami.Sepanjang 4 tahun saya berkahwin pelbagai dugaan dan cabaran yang dah ditempuhi..Saya amat menyayangi suami saya.Kalau dulu abah yg menjaga saya skrg ini tugas tersebut telah berpindah kepada suami saya..Saya cuba utk merubah diri ini agar menjadi lbh baik.Saya juga ingin memohon kemaafan kepada suami saya.Saya tahu kdg2 apa yg sya buat mungkin dia xsuka dan lain lain la..kalau nk cerita smpi esok pun xabis.Saya akan cuba dan terus mencuba menjadi seorang isteri yg baik utk suami saya.

Ummi kepada Nurqaireen sofia dan baby yg di dalam kandungan saya ini..ketahuilah ummi amat2 menyayangi kalian..Ummi tahu ummi bukan seorg ummi yg baik..tp ummi berusaha utk menjadi yg terbaik utk anak2 ummi..Sesungguhnya hanya Allah sahaja yg tahu yg ummi terlalu menyayangi kalian.Ummi tahu ummi cepat naik marah kalau kakak buat salah..ye ummi tahu kakak tak pandai nk pikir baik dan buruk lagi..ummi sbg seorang dewasa sepatutnya lbh memahami bukannya memarahi...Anak2 ummi..ummi akan cuba buat yg terbaik utk kalian..

Saya akan cuba dan terus mencuba menjadi yg terbaik di mata keluarga,keluarga sebelah suami, suami dan anak-anak..Semoga saya diberikan petunjuk dan hidayat utk menghadapi semua ini.

Wednesday, January 26, 2011

Manjaku sayang

Dah lama xcite pasal perkembangan qaireen kan..qaireen dah semakin besar ni semakin byk akainya..pening kepala ummi dan abah kdg2 tu..tp seronok tgk gelagat dia..
Perkembangan qaireen:

1. Cakap dah semakin petah..pelat tu ada la lg..yg paham tu ummi n abah dia je la..
2. Semenjak dia tau yg dia akan dpt adik selalu je tny ummi adik mana?pastu suruh kita tunjuk perut kita kat dia sbb dia nk ckp2 dgn adik.
3. Makan plak selalu nk suap sendiri..tp bila suap sendiri tu penatla ummi n abah n mengemas.
4. Petang2 pas amik dia kat umah pengasuh mesti dia nk ajak jln..xnk terus blk umah..dia ckp nk jalan2 dulu..ni selalu abah je la yg layan..kalau ummi amik trus blk umah je.
5. Bab makan plak skrg ni mmg tgh berselera..kalau nasi ayam tu blh abis la kat dia sorang..yg penting kalau ada nasi mesti nk mkn ngan sup, telur atau ikan saja..ayam dia xbape suka.
6. Suka puji diri sendiri comel..kdg2 tu ckp ummi n abah comel..ye la tu yeen..
7. Doa tidur dah blh hafal skit2..doa mkn tu skit2 je dia hafal..kdg tu doa mkn campur sekali dgn doa tidur.
8. Suka dengar dia berckp dr diam..Tp kalau start bercakap mmg susah nk diam..selalu dia tanya apa itu, apa ni..dia nk kan jwpn..
9. Sekarang ni dah start panggil dia kakak..Kalau tny nama abah dia dah blh jwb..
10.Suka membilang nombor..tp ikut suka mulut dia la..xtersusun..

Setakat yg ingat tu je kot..kalau ada lagi nnt next entry plak..

Tuesday, January 25, 2011

Selamat Hari Jadi Abah



Selamat menyambut hari ulang tahun yang 69 buat ayahanda tercinta..Semoga abah dikurniakan kesihatan yg amat baik,dimurahkan rezeki dan berbahagia di samping anak, menantu serta cucu-cucu tersayang..Kami semua sayangggggggg kat abah..LOVE U ABAH.



cucu-cucu tokwan